pernah teringin utk buat bibimbap tp mcm x cukup bahan?
jgn risau sbb resepi ni mudah dan x byk bahan yg digunakan.
time tgh kebuluq nk makan tgh2 malam blh la apply resepi ni.
hewhew =D
bahan2 utk perap:
1. bebola ikan/kek ikan (*supposedly kena guna daging, tapi time ni xde. jd gunakan bahan yg ada dlm peti ;D )
2. garam
3. kicap manis
4. bawang putih (*depend u alls nak byk or sikit. tgk kuantiti bebola ikan/kek ikan/daging)
5. 1/2 ts minyak bijan (yg ni kalau xde pun xpe.)
*fa buat byk terus.. senang utk kegunaan masa hadapan. kihkih. |
sos:
1. 2 tbs gochujang
2. 1/2 ts gula
3. 1/2 ts minyak bijan
4. 1/2 ts cuka
5. 1 ulas bawang putih ditumbuk & dicincang
extra:
1/4 cup kimchi (*x letak pun xpe. tp bila bubuh mmg sedappp ;). resepi kimchi nnti fa bagi.)
1 biji telur masak separuh masak/ nak fully masak (*fa buat separuh masak.)
cara:
1. bebola ikan/kek ikan dipotong halus2 n letakkan semua bahan2 utk perap. biar seharian baru sedap. tp kalau da nak cpt haruslah diperap selama 30 minit atleast. lps da perap masak bebola ikan/kek ikan/daging tu atas minyak sikit n alihkan.
2. masak telur. dan alihkan.
3. masak kimchi. dan alihkan.
4. utk part sos, gaulkan semua bahan2 sos sekaligus.
5. last sekali. letak nasi. n atas nasi tu letak la semuanya. lps tu gaul gaul.
6. baca bismillah bg yg muslim dan makan. hewww ;D
p/s: sila tukar minyak yg digunakan setiap kali nk masak. nnti pelik rasanye.
ni la rupa bibimbap sebelum digaul. yg dah siap gaul x sempat nak ambil gambar sbb LAPAQ sgt dah time tu. heee. tp sbnrnya yg lg best bila ada letak timun, carrot, sayur2 lain. baru warna meriah. tp ni kan resepi emergency time lapaq n xde bahan sgt n simple. done. SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA. |